Saturday, November 7, 2009

Pengalaman masa kecil di Grik

Pengalaman Masa Kecil. Grik tahun 1967.Berek Polis Grik.

Hobi suka merayau. Tangkap ikan. Kadang kadang dengan Pak Ngah Nuar Pak Cik Mail derebar dan Din anak Pak Cik Yassin sebelah rumah.Tangkap guna kail atau menjala. Joran buat dari ranting kayu. Umpan roti dengan tepong campur kunyit. Ikan kalau dapat pasti nya dijadikan gulai lemak dan digoreng. Ikan teroboi, ikan lampam dan dan ikan putih mata merah best kalau masak lemak ciliapi dan digoreng . Kadang kadang ikut geng Pak Ndak Zahid berkelah di Sg Kuala Kenderong. Masih ingat lagi pergi kerumah Tok Long Mat Nor(Kerja rumah Enjin KED). Masa itu rumah dia dekat tangki air atas bukit. Jalan ke Tanjong Kala. Dkt Sungai Kuala Kenderong. Mandi dan main rakit batang pisang. Cari buah jambu batu ditanah kerajaan. Ada buah kelubi , buah star jambua batu. Main tembak-tembak. Senapang kayu buat sendiri.Peluru buah terong belanda.Terong cawin la. Main stan tarzan terjun ke dalam sungai kenderong. Kena tangkap dengan pak lang sahar kerana hisap rokok. Apa lagi dapatlah habuan.Kg. Air Panas, Kg. Padang , Kg Padang Kunyit, Tanjong Kala, Kg. Bersia, Batu 1, Batu 2, Titi Gantung,Kg. Palang dan Kampung Lalang nama-nama kampung yang telah menjadi mangsa kakirayau.

Tolong Opah Bee jual kuih. Kueih ripap, gelang dan apam balik itulah menu jualan. Buat Gula tarik itu resepi Opah Bee dapat dari MaK Cik Ani. Masih ingat lagi Opah Bee punya masakan sotong kering sambil kuah kacang. Huh sedap. Paling cepat laku.Sampai bekas batil kuah kacang lembu pun minat. Satu hari bekas batil tu kemek tak tahu sapa punya angkara. Khabarnya terpijak lembu.Tanya Pak Nandak , Antie Gi dan Angah Imah. Bantu Tok Musa di tanam sayur direzab tanah kerjaan. Tapi tak ambil TOL. tanam tebu, terong, kangkong, kacang bendi, kacang panjang. Bela ayam , itek dan ada kolam kankong. Kutip telor ayam dan telor itu dalam reban. Opah akan goreng buat lauk sebelum pergi ke sekolah. Jarak rumah ke sekolah lebih daripada 1 km.

Jual hasil pertanian kalau ada kesempatan. Paling best jual tebu ke sekolah. Tebang tebu. Potong pendek-pendek. Habis kena debu tebu kat baju sekolah. Seronok bila balik dapat duit. Satu potong 1 kaki 0.10 sen. Ada sekali jari terkena pisau. Pak cik tukang kebun sekolah Seri Adika Raja Gerik bawa ke Hosptal Gerik tahun 1968. Tok Musa orang yang istimewa. Sapa saja orang dibawa balik.Katanya semua itu saudara. Macam PAk Long Nan Juga.Semua orang kenal dia. Itulah istimewanya Tok Musa dan Pak Long Nan. Opah Bee layan tetamu macam bini Wakil Rakyat.

Paling seronok bila lepak dekat Kantin Polis. Tengok tv dan orang lalu lalang.Pada masa itu mana ramai rumah ada tv. Tv htam putih. Pak Cik teknitsion jaga TV. Kalau Tv ada gangguan seluruh penontoh hentak lantai bagi membantu Pak Cik Yahya betulkan TV . Sambil tu tengok pak cik pak cik Polis buat road block.Masa itu Polis buat ronda guna basikal. Basikal tak ada lampu, naik dua orang nahas ke tahan.

Paling ngeri bila balik ke kampong Lengong. Pasal naik bas. Bunyi enjin, gegaran body bas dan cermin bas macam bunyi irama yang menyeronokan. Dalam hati nyayi lagu A.Ramlee, Jaffreedin dan Ahmad Jais. Bas 2 jam satu. Kalau balik ke Lenggong rumah Pek Teh tentu muntah. Paham aja lah jalan Gerik masa itu macam ular kena palu. Kerusi bas tegak 90 darjah. Bau minyak disel . Nah cantik punya ramuan . Adunan bagus untuk mengeluarkan isi perut. Konduktur bas pasti maklum. Kalau anak KPL Musa naik pasti muntah. Kalau musim buah naik dengan musim durian lagi cepat muntah.

Musim buah rambutan lagi best. Pokok buah depan Balai Polis Gerik sekitar tahun 1960 itulah dusun anak-anak polis. Kami akan dipanggil oleh Pak Cik - Pak Cik Polis untuk berkumpul dan beratur. Tunggu habuan dapat segengam rambutan Agih sama banyak. Seronok bukan main. Keluarga Polis masa itu amat rapat. Satu budaya yng elok dicontohi .

Bagi tahu pada anak-anak mulut deme telompong. Nya ke. La ni mana ada semua itu. Kepada anak-anak dan cucu-cucu semua kalau hendak tahu cerita selanjutnya tunggu coretan Pak Iman akan datang.Wassalam.Alfatihah untuk semua roh muslimin muslimat datuknenek sama ada yang baru dan lama meninggalkan kita.
Kepada Salwa dan anak-anak takziah.

2 comments:

  1. pergh!!!..gempak gile narator coretan nih...bg kite ar...mmg leh dpt gambarkan suasana time tu.tapi mcm tak cukup lagi. Mase kite kecik dok berek dulu mmg ada sket lebih kurang dpt rase kejiranan pakcik2 polis. cite ar lagi....(",)

    ReplyDelete
  2. Dah tua... Tangan udah patah, tnggal sebelah. susah sikit nak coret lg. Kalau nk tau juga kene ada charge..

    (Pak Iman)

    ReplyDelete